Sunday 11 December 2011

Gambar SK Pasir Tengah

                                           1) Bangunan Sekolah
                                           2)Padang Sekolah
                                          3) Kelas
                                          4) Bangunan Lama Sekolah


                                          VIDEO STAF DAN AKTIVITI SEKOLAH

 

Saturday 10 December 2011

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO TAHUN 2


Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh                          : 14 November 2011
Masa                           : 9.00 – 10.00 pagi
Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Tahun 2 (Dua)
Bilangan Murid            :  10 orang   - 8 murid perempuan
                                                       -  2 murid lelaki   
Tajuk                           : Bendera Malaysia
Tema                           : Kami Anak Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama

5.0 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
      dan memahami perkara yang dibaca                                                                             
         Aras 3
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Fokus Sampingan 

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk
      Aras 1
       i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan
          yang cantik

1.1  Berbual tentang sesuatu perkara yang berkaitan tentang kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai
          Aras 1
          i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
             sesuai


Objektif Pelajaran:
Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:
1.    50% daripada pelajar membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Murid dapat memberi makna perkataan sukar yang terdapat dalam teks.
3.    Membina  3 soalan  daripada 5 soalan berpandukan jawapan yang diberi berkaitan dengan petikan teks.
4.    membina 3 ayat yang lengkap dengan menggunakan kata ganda yang diberikan.
                              
Sistem Bahasa: 
i)              Morfologi – Kata ganda
ii)             Sintaksis – Ayat mudah

Pengisian Kurikulum
a. Ilmu  : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik
b. Nilai  :rasional, kesyukuran, kebebasan
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
             i) Kemahiran Berfikir: mencirikan dan menghubungkait
             ii) Kemahiran Belajar Cara Belajar: membaca dengan kritis, bacaan
                 secara luncuran, mencatat nota, membuat rujukan
            iii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, kinestetik

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat/memegang/mengibarkan
                                          bendera Malaysia semasa hari kemerdekaan
Bahan Bantu Mengajar   : Gambar ,Bahan Maujud., lagu, teks, lembaran kerja








Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Guru memperdengarkan lagu “Jalur Gemilang” kepada murid-murid.
2. Menayangkan gambar Bendera Malaysia.
3. Soalan:
a) Bendera apakah yang ditunjukkan di papan hitam?
b) Melalui gambar yang ditunjukkan ini, apa yang kamu faham mengenai gambar tersebut?
c) Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini

1. Murid-murid mendengar lirik lagu, Jalur Gemilang
2. Murid-murid menyatakan tempat-tempat yang biasa mereka lihat Jalur Gemilang.
3. Murid-murid diminta menyatakan warna,bentuk dan maksud disebaliknya.
Bahan bantu mengajar:
  • Gambar Jalur Gemilang
  • Lagu Jalur Gemilang
  • Laptop

Kemahiran Bernilai Tambah:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.

Nilai:
  • Meningkatkan semangat patriotisme.

Langkah 1
(10 minit)











1. Petikan Teks
2. Bertanya pada murid  mengenai kefahaman mereka mengenai teks yang diberikan


3. Guru menerangkan dengan lebih lanjut lagi berkaitan isi teks tersebut
Soalan:
1) Apakah yang kamu faham isi cerita / isi penting yang disampaikan itu?
4. Guru juga menerangkan tentang kosa kata yang boleh diperolehi daripada teks pemahaman yang telah diedar.
Soalan:
1) Gariskan 4 perkataan yang sukar difahami?
  • perpaduan
  • mendukung
  • teguh
  • kedaulatan
5. Guru memberi penerangan tentang makna perkataan dengan gambaran atau contoh.


1. Murid-murid disediakan dengan sebuah teks kefahaman yang berkaitan dengan tajuk.


2. Murid-murid di kehendaki membaca petikan teks  tersebut dan menjawab soalan dengan  ayat yang lengkap secara spontan.
3.Murid-murid menyatakan nama-nama negeri di Malaysia.
4. Murid-murid mencari perkataan yang mereka tidak fahami maksudnya.
Bahan bantu mengajar:
  • Teks petikan pemahaman tentang Jalur Gemilang. (Teks edaran)


 Kemahiran Bernilai Tambah:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.
  • Kinestetik

Nilai:
  • Mewujudkan semangat cintakan negara.
  • Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.





Langkah 2
 (20 minit)






1. Membina soalan berpandukan jawapan yang yang diberikan.Murid yang tidak memahami diberi bimbingan.
2. Guru menyemak jawapan murid dengan berbincang bersama-sama.


1) Murid-murid membina  lima soalan berpandukan jawapan yang diberi.
2) Murid-murid memberi jawapan dan berkongsi jawapan  mereka dengan rakan-rakannya yang lain.
3) Lembaran kerja yang diberikan adalah berdasarkan petikan teks kefahaman yang diedarkan.
Bahan bantu mengajar:
  • Teks petikan pemahaman tentang Jalur Gemilang. (Teks edaran)


 Kemahiran Bernilai Tambah:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.
  • Mencatat maklumat.

Nilai:
  • Mewujudkan semangat cintakan negara.
  • Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.
  • Bersikap rasional dalam menghadapi apa jua situasi.


Langkah 3
(20 minit)

Membina ayat
1. Guru mengarahkan murid membina ayat berdasarkan kata ganda yang disediakan dalam petikan.
Contohnya:
i) bersungguh-sungguh
ii) kawan-kawan
iii) berjalan-jalan

-Murid membina tiga ayat tentang kata ganda yang diberikan
-Guru bersama murid menyemak jawapan yang dibuat
Bahan bantu mengajar:
  • Teks petikan pemahaman tentang Jalur Gemilang. (Teks edaran)

 Kemahiran Bernilai Tambah:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.
  • Pembelajaran konstruktivisme.

Nilai:
  • Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.
  • Berusaha dalam melaksanakan tugasan.
  • Bekerjasama dengan rakan-rakan dalam mencari jawapan.

Langkah 4
(5 minit)
Penutup (kognitif)
Rumusan
Penilaian
-Guru merumuskan secara keseluruhan isi pelajaran yang di sampaikan pada hari ini
-Guru bertanya kembali kepada murid untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan pada hari ini terutama nilai-nilai yang boleh diterapkan dalam diri.
-Murid menyanyikan lagu ”Negara Ku”

Bahan bantu mengajar:
  • Bendera Jalur Gemilang.

 Kemahiran Bernilai Tambah:
  • Kecerdasan pelbagai iaitu interpersonal & intrapersonal.

Nilai:
  • Mewujudkan rasa hormat kepada Jalur Gemilang.
  • Berusaha dalam melaksanakan tugasan.
  • Mewujudkan rasa kecintaan terhadap negara.




REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO
           
            Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Cikgu Hishamuddin kerana telah membuat rakaman mikropengajaran ini.Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar Tahun 2 yang  telah memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa proses pengajaran berjalan .Semoga Allah membalas budi baik mereka dan kepada pelajar semoga berjaya dalam pelajaran.Tajuk yang saya pilih untuk mikropengajaran adalah “haiwan Peliharaan” mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2.
Saya telah berjaya membangkitkan rasa ingin tahu pelajar dengan menyuruh mereka meneka perkataan yang dilekatkan di papan hitam.Pelbagai jawapan yang diterima daripada pelajar.Seterusnya,minat dan penglibatan pelajar amat memberangsangkan apabila pelajar-pelajar meneka nama-nama haiwan berpandukan rakaman yang dimainkan.Impak daripada itu,pelajar-pelajar menjadi aktif dan mudah faham serta dapat menyenaraikan nama-nama haiwan peliharaan.Komitmen dan respon daripada pelajar hampir seratus peratus kerana pengetahuan sedia ada mereka yang peka dan pernah melihat haiwan-haiwan tersebut di pesekitaran mereka. Manakala kekurangan yang dapat perhatikan adalah semasa guru memainkan bunyi haiwan, ada pelajar yang tidak menumpukan perhatian.
Sebelum memainkan rakaman,guru harus memberi penekanan supaya pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya  Seterusnya,jika guru menggunakan haiwan yang sebenar seperti anak itik,mungkin pelajar dapat menyentuh,melihat dan mendengar bunyi anak itik yang sebenar kerana dalam rakaman tadi pelajar keliru antara bunyi anak ayam dengan anak itik.Di samping itu,guru seharusnya menggunakan gambar yang besar dan berwarna bagi menarik minat pelajar kerana kemungkinan pelajar yang duduk di barisan belakang tidak nampak dengan jelas.
Akhir sekali ialah audio yang bergema dan bunyi yang kurang jelas kerana saya menggunakan rakaman kemera semasa merakamkan pengambaran mikropengajaran ini.Saya akan berusaha memperbaiki kekurangan yang terdapat di dalam sesi mikropengajaran ini dan ini merupakan platform mikro maupun makro yang akan datang.Kekuatan yang dapat saya nilai daripada mikropengajaran ini adalah objektif pengajaran yang hendak disampaikan telah berjaya dicapai dengan merangsang,menarik minat dan menimbul sikap ingin tahu pelajar walaupun masa yang diambil hanya 8 minit 46 saat telah berjaya .


REFLEKSI  PENGAJARAN  MAKRO

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada Cikgu Roslin Ak.Neop kerana telah membuat rakaman untuk pengajaran makro ini walaupun keadaan beliau kurang sihat pada masa itu dan tidak lupa kepada pelajar-pelajar Tahun 2 kerana telah memberi kerja sama dan komitmen yang baik semasa proses pembelajaran dijalankan.Hanya Allah yang dapat membalas budi baik mereka.   
Dalam proses pengajaran makro ini saya telah mengambil masa selama 34 minit 06 saat walaupun masa sebenar 60 minit.Beberapa langkah pengajaran saya terpaksa pendekkan memandangkan memori kamera tidak mencukupi.Sepanjang proses pengajaran berlangsung ternyata murid-murid aktif di dalam kelas. Selain daripada itu, 90% murid-murid di dalam kelas boleh membaca teks kefahaman yang diedarkan. Terdapat seorang pelajar sahaja yang agak lemah dalam menjawab soalan kefahaman memandangkan dia adalah pelajar linus.
            Keempat-empat  objektif ternyata telah dicapai di dalam kelas ini. Ini kerana murid-murid boleh membaca petikan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul. Selain daripada itu juga, objektif  kedua juga telah dicapai di mana murid-murid dapat mengetahui makna perkataan sukar setelah dibantu oleh guru.
            Murid-murid juga telah berjaya dalam mencapai objektif yang ketiga di mana mereka boleh membina 3 soalan daripada 5 jawapan yang diberi berpandukan pernyataan yang diberi dan objektif yang terakhir juga berjaya dicapai yang murid-murid dapat membina ayat dengan menggunakan kata ganda  yang diberikan. Dengan ini secara keseluruhannya keempat-empat  objektif telah berjaya dicapai dan ini menunjukkan kelas pada hari ini berjaya dilaksanakan.
Kekuatan yang ada adalah terletak pada anak murid saya sendiri. Ini kerana mereka sangat aktif di dalam kelas. Pelbagai persoalan diutarakan dan mereka juga gemar bertanya soalan.Ini menunjukkan mereka memberi perhatian yang penuh di dalam kelas. Mereka memberi kerjasama dan komitmen yang baik semasa proses pengajaran.Mereka aktif dan tidak malu mencuba walaupun jawapan mereka kurang tepat.
Keseluruhan rancangan mengajar yang saya rancang telah saya laksanakan sepenuhnya melalui makro ini,walaupun saya tidak dapat melaksanakan dalam masa sebenarnya disebabkan masalah teknikal..Saya juga  telah merakam semula pengajaran makro ini,tetapi memori kad dalam kemera telah mengalami masalah  kerana virus, jadi saya terpaksa menghantar makro ini,walaupun saya tahu ia mengalami masalah audio dan imej.Tambahan pula ia merupakan minggu terakhir persekolahan dan amat sibuk dengan aktiviti sekolah seperti Hari Anugerah dan Sukan Sekolah.
Bahan bantu mengajar yang saya gunakan dalam makro ini tidak mencukupi.Saya terpaksa menggunakan sumber yang ada memadangkan kemudahan di sekolah tidak ada peralatan seperti perakam video,OHP projektor,pusat akses dan peralatan komputer yang canggih. Sekolah ini baru dibina pada bulan Jun 2011 mengantikan sekolah lama yang terletak 10 km jaraknya,maka kemudahan dan peralatan tidak mencukupi.Sekiranya ada OHP projektor,penggunaan slaid atau perisian ’power point’ saya yakin proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.
Jika saya berpeluang membuat pengajaran makro semula,saya akan merancang dengan teliti dan meminta bantuan dari pegawai Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) untuk merakam proses pengajaran makro kerana saya inginkan hasil dan kualiti yang baik.
Kesimpulannya, proses pengajaran makro yang telah saya buat telah berjaya dan objektif pembelajaran yang saya rancang telah tercapai.Walaubagaimanapun,saya tidak menafikan masih ada kelompongan dan kekurangan daripada pengajaran makro ini.Saya berharap ini akan menjadi panduan dan dorongan kepada saya di masa-masa akan datang.